ADAT MANDI LIMAU

Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, kedua-dua pengantin dibawa masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut.

Mohd Firdaus Bin Manaf   206843

No comments:

Post a Comment