AKAD NIKAH

Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.
     
        "..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya." 

Ayat bagi lelaki untuk menjawab
  
     " aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para tetamuyang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.

Siti Nur Hidayah Binti Rahman   204977

3 comments:

  1. salam... pada pandangan saya... akad nikah lah part yg paling penting dalam sesebuah perkahwinan

    ReplyDelete
  2. salam....
    of course la.....
    tanpa akad nikah xsah ssbuah perkhwinan...
    huhuhu~~~~~

    ReplyDelete
  3. Izinkan saya untk copy sebagai rujukan sivik saya. Tq

    ReplyDelete