ISTIADAT BERINAI

Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

Lee Kar Yan    206839

3 comments:

  1. selepas membaca blog ini, barulah saya dapati terdapat banyak perbezaan dalam adat perkahwinan antara setiap etnik.

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya untk copy sebagai rujukan sivik saya. Tq

    ReplyDelete
  3. Berinai curi dan berinai kecil tu mcm mana ye.. Mohon jelaskan.. Dan dilakukan waktu bila.. Berinai besar tu bukan merenjis ke org panggil..

    ReplyDelete