Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.
Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Nur Afiqah Binti Ibrahim 204925
kenapa tak ceritakan adat persandingan mengikut adt negeri2...selitkan unsur2 keislaman dalam persandingan..wlaupun biar mati anak jangan mati adat..masyarakat sekarang berbeza dengan masyarakat dahulu..setiap individu mempunyai persepsi berbeza.. tidak ramai yang mahu perkahwinan yang mengikut adat semata-mata..
ReplyDelete