PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN

Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

Mohd Khairul Azwan Bin Ghazali  206777

1 comment: