PENGENALAN
Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka.Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik,meminang,bersanding dan sebagainya. selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.
Lau Ghee Hoong 204917
MERISIK(MENENGOK)
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu yang berjauhan.
Pucuk pauh delima batu,
Anak seluang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang dimata di hati jangan.
Nurul `Izzati Binti Shaari 203561
MEMINANG (HANTAR TANDA)
Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin serts diiringi dengan barang-barang smpingan seperti buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya :
Khairul Azri Bin Ahmad Robert 204889
- jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk menuntut semula.
- jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.
Khairul Azri Bin Ahmad Robert 204889
AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.
"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."
Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para tetamuyang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Siti Nur Hidayah Binti Rahman 204977
"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."
Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para tetamuyang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Siti Nur Hidayah Binti Rahman 204977
BERANDAM DAN BERASAH GIGI
Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut.
Khoo Cheng ling 206746
Khoo Cheng ling 206746
ISTIADAT BERINAI
Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.
Lee Kar Yan 206839
Lee Kar Yan 206839
BERSANDING
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.
Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Nur Afiqah Binti Ibrahim 204925
Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Nur Afiqah Binti Ibrahim 204925
ADAT MANDI LIMAU
Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, kedua-dua pengantin dibawa masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut.
Mohd Firdaus Bin Manaf 206843
Mohd Firdaus Bin Manaf 206843
HIBURAN DALAM PERKAHWINAN
Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.
Aeefi alghazali Binti Mohd Idrus 204945
Aeefi alghazali Binti Mohd Idrus 204945
PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN
Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.
Mohd Khairul Azwan Bin Ghazali 206777
Mohd Khairul Azwan Bin Ghazali 206777
Subscribe to:
Posts (Atom)